Masakan India Utara

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kambing Khadai

Masakan India Utara

BAHAN-BAHAN

  • 500 g daging kambing
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 batang bunga cengkih
  • 1 batang kayu manis
  • 2 sudu kecik serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/4 sudu kecil jintan manis (jintan besar)
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 biji tomato besar (potong dadu)
  • 1 batang cili hijau
  • 2 labu bawang besar (diblend)
  • 1/2 sudu besar blended bawang putih
  • 1/2 sudu besar blended halia
  • 3 sudu besar yogurt
  • 1 sudu kecil garam masala
  • Garam
CARA PENYEDIAAN
  • Cuci bersih daging kambing dan toskan. Perap daging kambing bersama blended bawang besar, yogurt, blended bawang putih, blended halia, yogurt, garam masala dan garam. Perap dia dalam tupperware yg bertutup selama 4 jam or semalaman dalam fridge.
  • Pastikan daging kambing yg diperap berada dalam suhu bilik sebelum dimasak.
  • Panaskan minyak dalam kuali/pressure cooker, dan tumis rempah ratus buah pelaga, bunga cengkih dan kayu manis hingga naik bau.
  • Masukkan daging yg diperap dan masak gunakan api sedang selama 10 minit. Gaul kerap dengan senduk supaya daging masak sebati.
  • Masukkan serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, jintan besar, cili hijau dan tomato. Gaul selama 8-10 minit hinga tomato hancur dan kuah pekat.
  • Massukan 3/4 cawan air, gaul sebati dan masak hingga daging empuk. Jika menggunakan periuk biasa, tambah air jika perlu sehinga daging empuk. Bagi yang mengunakan pressure cooker, tutup lid dan masak guna api sedang hingga 4 whistles.
  • Bukak lid, masukkan garam dan masak sehingga kuah pekat. Jika kuah terlalu pekat masukkan air sedikit.
  • Boleh di hias bersama hirisan daun ketumbar. Hidangan ini sesuai di makan bersama naan atau capati.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN