Kacang Phool ini adalah salah satu juadah yang selalu disediakan oleh orang berbangsa Arab. Juadah ini amat sesuai disediakan jika ada tetamu yang berkunjung ataupun untuk makan petang bersama keluarga.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kacang Phool Keluarga Diana

Kacang Phool ini adalah salah satu juadah yang selalu disediakan oleh orang berbangsa Arab. Juadah ini amat sesuai disediakan jika ada tetamu yang berkunjung ataupun untuk makan petang bersama keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • 6 -7 tin kacang phool/’medames foul’/’fava beans’, 4 tin kisar kasar + 3 tin diramas supaya ia sedikit berbiji-biji
  • 1 tin kacang kuda/’garbanzo beans’
  • 5 sudu makan minyak sayuran
  • 3 sudu makan rempah kari daging Baba’s
  • 1 sudu makan serbuk lada putih
  • 200 gram daging cincang, digoreng tanpa minyak
  • #Bahan untuk kisar#
  • 1 sudu makan jintan halus
  • 1/2 sudu makan jintan kasar
  • 2 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 4 biji bawang putih
  • 1 cawan lada kering kisar
  • #Bahan Hiasan#
  • 6 biji telur, digoreng buat mata lembu setengah masak
  • 2 biji bawang besar, didadu
  • 4 batang lada hijau, dipotong serong
  • 20 sen limau kasturi
  • 1 tin minyak sapi, dicairkan
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak sayuran, tumis lada kering kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak sehingga ia naik bau. Masukkan rempah kari daging, serbuk lada putih, daging cincang, kacang phool yang telah dikisar kasar dan juga diramas dan kacang kuda. Masukkan garam dan Ajinamoto (jika suka). Kalau terlalu pekat boleh tambah sedikit air. Jangan terlalu banyak nanti cair tak sedap. Bila sudah mendidih, sudah sedia untuk dihidangkan.
  • Cara Menghidang: Sendukkan kacang phool ke dalam pinggan. Ambil satu sudu makan minyak sapi yang telah dicairkan tuangkan atas kacang phool. Ini untuk membangkitkan dan juga menyedapkan kacang phool. Taburkan sedikit bawang yang telah didadu, hirisan cili hijau dan sebutir telur goreng. Limau kasturi letakkan ditepi. Sesuai dihidangkan dengan roti Perancis.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN