2 in 1. Lauk dan sayur

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kacang panjang goreng ngan hati dan pedal ayam

2 in 1. Lauk dan sayur

BAHAN-BAHAN

  • 10 batang kacang panjang
  • 3 ketul hati ayam
  • 3 ketul pedal ayam
  • 3 biji bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 2cm kunyit
  • 3 biji cili padi
  • garam dan minyak masak
CARA PENYEDIAAN
  • potong kacang panjang, hiris hati dan pedal ayam kecil-kecil. Kemudian, tumbuk kunyit, sebiji bawang putih serta garam. Perapkan bahan yang ditumbuk tadi dengan hati dan pedal ayam yang telah dihiris.
  • Kemudian, gorengkan (tanpa minyak) hati dan pedal sehingga kering. Kemudian, masukkan minyak secukupnya.
  • Sambil menggoreng hati dan pedal tu, hiriskan bawang putih, bawang merah dan cili padi. Bila hati dan pedal tadi dah agak2 keperangan, bolehlah dimasukkan bawang2 dan cili padi tadi.
  • Bila semua bawang tu dah layu, bolehlah dimasukkan kacang panjang. Goreng sehingga kacang panjang tu masak, tapi jgn terlalu lama sangat.
  • Bolehlah dihidangkan untuk satu keluarga.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN