Sedap dimakan bersama roti tetapi sedap lagi dimakan begitu saja.Kacang kuda berempah ini biasanya dijual oleh orang India.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Kacang Kuda Berempah™

Sedap dimakan bersama roti tetapi sedap lagi dimakan begitu saja.Kacang kuda berempah ini biasanya dijual oleh orang India.

BAHAN-BAHAN

  • 200 g kacang kuda – direndam semalaman.
  • 3 sb rempah kari daging*
  • 1 sk serbuk kunyit*
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 biji bawang besar – dihiris halus **
  • 3 tangkai cili kering – digunting serong ** (boleh juga guna cili hijau/merah dipotong serong)
  • 3 pelepah daun kari **
  • 1 sk biji sawi ** (bahan ini saya tk bubuh)
  • garam,gula,perasa secukup rasa
  • sedikit minyak masak untuk menumis.
CARA PENYEDIAAN
  • Kacang kuda direbus hingga empuk bersama sedikit garam dan 1 helai daun pandan.Toskan.
  • Kisar halus bahan2 bertanda * dengan sedikit air.
  • Panaskan sedikit minyak di dlm kuali dan tumis bahan bertanda ** hingga bawang kekuningan dan masukkan bahan kisar dan masak hingga naik minyak.
  • Masukkan kacang kuda rebus ke dlm kuali dan gaul rata.Tambah sedikit air supaya tidak terlalu kering dan bubuh garam secukup rasa juga gula atau perasa jika suka.Gaul rata2 hingga sebati.Matikan api dan siap utk disajikan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN