sesuai untuk ibu mengandung tanpa bahan pengawet..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Jeruk Mangga
sesuai untuk ibu mengandung tanpa bahan pengawet..
BAHAN-BAHAN
- Mangga muda
- Air biasa
- Garam
- Gula
- note :- kuantiti bahan ikut kesesuaian
CARA PENYEDIAAN
- Buah mangga di potong mengikut kesuaian. kemudian bilas dengan air dan toskan.
- Larutkan garam didalam air. boleh juga guna air panas sekadar untuk melarutkan garam sahaja, bila garam dah larut bolehlah dicampur dengan air biasa. rasakan kemasinannya. jangan terlalu masin
- Masukkan mangga yang telah dipotong ke dalam balang @ bekas yang bersesuaian n masukkan air garam hingga menutupi paras buah, tutup bekas tersebut. Peram sehingga mangga betukar warna (1@2 hari)
- Bila mangga dah betukar warna toskan airnya n bilas dengan air biasa. kemudian gaulkan mangga dengan gula secukupnya dan disimpan dalam peti sejuk, keesokannya dah siap dinikmati.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.