Ikan goreng bersos asam pedas bertambah sedap dengan menggunakan Maggi® CukupRasa™.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Jenahak Goreng Bersos Asam Pedas

Ikan goreng bersos asam pedas bertambah sedap dengan menggunakan Maggi® CukupRasa™.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan jenahak
  • 1-2 sudu besar Maggi® CukupRasa™
  • 2-3 sudu besar tepung jagung
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 5-10 biji cili padi
  • 2 sudu besar pes asam jawa
  • ½ cawan air
  • 2 sudu besar Maggi® CukupRasa™
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • daun bawang untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ikan dan kelar. Taburkan 2-3 sudu besar (bergantung kepada saiz ikan) Maggi® CukupRasa™
  • Lumurkan tepung jagung pada kedua-dua bahagian ikan. Perap selama 5 minit.
  • Goreng ikan dengan minyak banyak sehingga garing. Ketepikan.
  • Untuk sosnya: Cincang bawang besar, bawang putih dan cili padi.
  • Panaskan 2-3 sudu besar minyak masak di dalam kuali. Masukkan semua bahan cincang tadi. Tumis sehingga wangi.
  • Masukkan pes asam jawa dan air. Biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, Maggi® CukupRasa™, gula dan sos ikan. Masak sehingga pekat.
  • Tuangkkan sos ke atas ikan dan taburkan daun bawang. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN