Ternampak satu gerai ini jual Jacket Potato di Fishponds, Bristol. Balik rumah, cari di internet bagaimana hendak buat sendiri sebab kalau mahu beli, tidak tergamak kerana bimbangkan soal halal. Lagipun, kentang banyak di dapur. Resipi ini diubah mengikut selera sendiri. Masa penyediaan, 10 minit saja. Masa memasak, lebih kurang 60-75 minit. Tip: sapu kentang dengan minyak sedikit supaya masa bakar nanti, kulit luar agak rangup.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Jacket Potato
Ternampak satu gerai ini jual Jacket Potato di Fishponds, Bristol. Balik rumah, cari di internet bagaimana hendak buat sendiri sebab kalau mahu beli, tidak tergamak kerana bimbangkan soal halal. Lagipun, kentang banyak di dapur. Resipi ini diubah mengikut selera sendiri. Masa penyediaan, 10 minit saja. Masa memasak, lebih kurang 60-75 minit. Tip: sapu kentang dengan minyak sedikit supaya masa bakar nanti, kulit luar agak rangup.
BAHAN-BAHAN
- 10 biji ubi kentang (jenis yang sesuai dibakar seperti Russet Burbank, Russet Arcadia, Norgold Russet, Goldrush, Norkotah, Long White (atau White Rose atau California Long White) dan Idaho)
- Hirisan cendawan
- Hirisan nipis daging @ salami @ daging burger potong 4 (atau apa-apa lauk yang disukai)
- Hirisan nipis bawang besar
- Hirisan nipis cili besar
- Cili benggala potong-potong
- Hirisan nipis tomato
- Parutan keju (cheddar @ mozarela)
- Lada hitam (tumbuk/kisar)
- Garam
- Mentega sikit
CARA PENYEDIAAN
- Basuh kentang, keringkan, sapu minyak sikit dan bakar dalam oven yang dah dipanaskan terlebih dahulu lebih kurang 200C, 1 jam.
- Masukkan semua bahan tadi dan gaul sebati dengan garam dan lada hitam (kalau suka, boleh perah jus limau nipis atau lemon sikit).
- Selepas 40 minit, belah 4 kentang tu tapi, jangan sampai putus. Bungkus keliling setiap biji kentang dengan aluminium (jangan tutup bahagian atas). Letak sesudu kecil mentega dicelah kentang (nak bagi lemak).
- Cedukkan bahan yang digaul tadi ke dalam kentang dan taburkan parutan keju di atas sekali.
- Bakar lagi selama 20 minit atau sehingga kentang lembut dan gebu.
- Sedap dimakan panas-panas dengan sos cili dan mayonis.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.