Ikan Percik Mudah

pelbagai cara bolih dimasak ikan percik ni..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Percik Mudah

pelbagai cara bolih dimasak ikan percik ni..

BAHAN-BAHAN

  • 5 ekor ikan kembong
  • 4 cawan santan ( dari 1 biji kelapa )
  • 5 ulas bawang merah (Kecil )
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji lada kering ( nak pedas bolih tambah lagi )
  • 3 keping asam keping
  • 3 batang serai
  • 1 ” halia, 1 ” kunyit hidup, 2 sudu kecil garam, 1 1/2 sudu makan gula dan sedikit ajinomoto ( Kalau suka )
  • BAHAN-BAHAN UNTUK PERAP IKAN
  • 2 ” halia
  • 2 ” kunyit hidup ( kunyit serbuk pun bolih )
  • 2 sudu kecil garam
  • sedikit ajinomoto
CARA PENYEDIAAN
  • Ikan yang telah dibersihkan di gaul dengan bahan perap sebentar kemudian dipanggang. Bila dah masak ketepikan.
  • Lada kering, halia, bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup di tumbuk sehingga lumat. Bolih juga diblend tapi mama suka ditumbuk sebab nampak kepingan lada kering tu.. Serai dititik. Satukan bahan2 tersebut bersama santan, garam, asam keping, aji dan gula kedalam kuali. Masak sehingga agak pekat..rasa dulu..kalau kurang garam bolih ditambah lagi..
  • Masukkan ikan yang telah dipanggang tadi. Balik-balikkan ikan tersebut biar bersalut dengan santan tadi..Biarkan sebentar..
  • Tutup api dan siap untuk dihidangkan..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago