Masakan daripada Kelantan, resipi ini adalah daripada kak ipar. Mudah disediakan, cepat dan lazat.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ikan Percik
Masakan daripada Kelantan, resipi ini adalah daripada kak ipar. Mudah disediakan, cepat dan lazat.
BAHAN-BAHAN
- 4 ekor ikan kembung
- 8 ulas bawang merah
- Seinci halia
- 2 1/2 biji santan kelapa
- Air asam jawa
- Tepung jagung
- Garam, gula dan serbuk perasa
CARA PENYEDIAAN
- Tumbuk 3 ulas bawang merah bersama sedikit garam untuk diperapkan bersama-sama ikan kembung. Biarkan selama beberapa minit.
- Kisar 5 ulas bawang merah bersama halia.
- Panaskan santan di dalam kuali sampai mendidih dan kacau jangan sampai santan tersebut berketul.
- Masukkan bahan yang dikisar dan kacau. Selepas itu masukkan air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
- Bila semuanya sebati dan mempunyai rasa yang memuaskan, masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah percik tersebut.
- Bakar ikan kembung tadi sampai masak. Selepas itu siramkan kuah percik ke atas ikan dan bakar kembali ikan tersebut. Ulangi langkah tersebut sebanyak 3 atau 4 kali. Pasti ikan percik anda akan sedap.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.