Ikan patin masak tempoyak ala Temerloh.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Patin Masak Tempoyak

Ikan patin masak tempoyak ala Temerloh.

BAHAN-BAHAN

  • Satu ekor ikan patin (patin sangkar, sedang-sedang)
  • 2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
  • 6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
  • 15 biji cili api (ditumbuk halus)
  • 2 senduk tempoyak (agak-agak, nak pekat letak lebih lagi)
  • 1 biji timun Cina (dipotong dadu)
  • 2 ikat daun kesum
  • 2 ikat bunga kantan
  • Sedikit asam keping
  • 3 cawan air (ikut kepekatan)
  • Garam (ikut rasa)
  • Gula (kalau agak terlalu pedas)
CARA PENYEDIAAN
  • Ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam.
  • Kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi. Masukkan ke dalam periuk yang diletakkan air, gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan. Kemudian, masukkan bunga kantan, daun kesum dan timun Cina tadi, sambil itu masukkan garam, jangan terlampau masin, kalau agak-agak pedas sangat masukkan gula sikit.
  • Cadangan hidangan:
    Sedap dimakan panas dengan nasi putih. Amat menyelerakan. Resipi ibu saya sendiri. Selamat mencuba!
  • Tambahan:
    Tempoyak biarlah yang 5 hari diperam baru sedap. Masakan ini mengambil masa lebih kurang 20 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN