Resipi ibu, pedas dan panas – Melaka asli.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Pari Masak Lada

Resipi ibu, pedas dan panas – Melaka asli.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kg ikan pari (dibersihkan dan dipotong seperti saiz kotak mancis)
  • 5 ulas bawang putih dan 5 ulas bawang putih – dimayang
  • Sedikit belacan (pilihan)
  • 3 camca besar cili kisar
  • 1 camca besar lada hitam (ditumbuk 3/4 halus)
  • 3 camca besar minyak untuk menumis
  • 2 camca besar asam jawa (diramas dengan 2 cawan air)
  • 4 helai daun limau purut
  • 3 camca besar kerisik (kelapa goreng)
  • 2 camca teh garam
  • 2 camca teh serbuk kunyit
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang merah, putih, cili kisar, belacan dan kunyit serbuk sehingga garing dan naik bau. Masukkan daun limau purut.
  • Setelah garing masukkan ikan pari, air asam jawa, lada hitam dan kerisik. Tambah 2 cawan air (berkuah seperti masak asam pedas), bila mendidih rasa garamnya.
  • Sedia untuk dihidang dengan nasi putih panas. Sedap juga dimakan sebagai kuah untuk mencicah lempeng.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN