Resepi reka-reka jer ni…tapi SEDAP kata hubby

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Merah Sweet Sour

Resepi reka-reka jer ni…tapi SEDAP kata hubby

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan merah (ikan siakap pun boleh)
  • 5 sudu sos cili
  • 5 sudu sos tomato
  • 2 biji tomato – buang biji & potong dadu
  • 3 biji bawang putih – dicincang
  • 3 sudu kacang peas
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • 1 biji telur
  • 5 sudu tepung gandum
  • 3 sudu tepung jagung
CARA PENYEDIAAN
  • Ikan di bersihkan dan dilumur garam – biar sekejap bagi garam serap pada ikan
  • Tepung gandum digaulkan dengan tepung jagung – nak senang masuk kedua2 tepung dalam plastik & goncang
  • Menggoreng ikan : Celup ikan dalam tepung kemudian celup ke dalam telur dan seterusnya celup ke dalam tepung semula. Goreng dalam minyak sampai garing dan hidangkan dalam pinggan
  • Untuk sos : Panaskan minyak dan tumis bawang putih sampai naik bau
  • Masukkan sos cili, sos tomato, gula dan garam. Kacau hingga agak pekat
  • Akhir sekali masukkan tomato dan kacang peas. Siram sos atas ikan yg dh posing elok atas pinggan tu ya!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN