Resipi ciptaan sendiri selepas tidak boleh tahan gelak sakan teringat komen “Kak Hani (Ringo)…hahahaha.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Goreng Tempoyak

Resipi ciptaan sendiri selepas tidak boleh tahan gelak sakan teringat komen “Kak Hani (Ringo)…hahahaha.

BAHAN-BAHAN

  • 4 ekor ikan kembong hijau
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 kuntum bunga kantan, dibelah dua
  • 1 biji bawang besar, dihiris kasar
  • 7 biji belimbing buluh, dibelah dua setiap biji
  • 1/2 cawan isi petai, dipotong dua
  • 1 biji limau kasturi, diperah jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Bahan Kisar Halus:
  • 25 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 camca besar tempoyak
  • 1 inci kunyit hidup
CARA PENYEDIAAN
  • Siang dan bersihkan ikan. Lumur dengan sedikit garam dan kunyit kemudian goreng embal-embal (jangan terlampau garing). Ketepikan.
  • Antara bahan lain yang diperlukan untuk resipi ini:
  • Panaskan minyak kurang lebih 3 camca besar, tumis bahan kisar dan serai hingga wangi. Gunakan api sederhana. Bila sudah pecah minyak, masukkan petai. Gaul rata dan masukkan 1 cawan air. Biar mendidih.
  • Kemudian masukkan bahan lain kecuali ikan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Tuang jus limau kasturi tadi. Kacau hingga mesra.
  • Akhir sekali, masukkan ikan goreng tadi dan gaul hingga kuah dan bahan lain menyelaputi ikan. Masak dalam seminit dua hingga kuah pekat. Boleh diangkat dan hidangkan bersama nasi hangat.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN