Ikan goreng pedas bertaucu

Mudah dan disukai anak-anak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan goreng pedas bertaucu

Mudah dan disukai anak-anak.

BAHAN-BAHAN

  • 4 ekor ikan (saya guna ikan kembong) saiz sedang disiang dan dibersihkan.
  • 1/4 cawan kicap manis (saya guna cap kipas udang
  • *2 ulas bawang putih
  • * 5 biji cili api ( jika suka pedas boleh lebihkan)
  • *5 biji bawang merah
  • 1/2 in halia di racik halus
  • 2 camb tauchu
  • Garam ( tak perlu jika tauchu dah masin) dan gula secukup rasa ( saya tak guna kerana kicap dah manis)
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis.
  • Serbuk kunyit dan sedikit garam untuk menggoreng ikan.
  • Bahan bertanda * hendaklah ditumbuk dengan lesong jangan terlalu lumat.
CARA PENYEDIAAN
  • Ikan di lumur dengan sedikit garam dan kunyit. Panaskan minyak dan goreng seperti biasa. Ketepikan dan susun dalam bekas.
  • Gunakan sedikit minyak baki goreng tadi untuk menumis
  • Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk dan di racik hingga berbau wangi.
  • Masukkan kicap, tauchu sedikit air, garam dan gula jika perlu. kacau rata hingga mendidih dan agak kering.
  • Angkat dan curahkan di atas ikan yang telah disusun dalam bekas. Bolehlah dihidangkan panas-panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago