Mudah dan disukai anak-anak.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ikan goreng pedas bertaucu
Mudah dan disukai anak-anak.
BAHAN-BAHAN
- 4 ekor ikan (saya guna ikan kembong) saiz sedang disiang dan dibersihkan.
- 1/4 cawan kicap manis (saya guna cap kipas udang
- *2 ulas bawang putih
- * 5 biji cili api ( jika suka pedas boleh lebihkan)
- *5 biji bawang merah
- 1/2 in halia di racik halus
- 2 camb tauchu
- Garam ( tak perlu jika tauchu dah masin) dan gula secukup rasa ( saya tak guna kerana kicap dah manis)
- Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis.
- Serbuk kunyit dan sedikit garam untuk menggoreng ikan.
- Bahan bertanda * hendaklah ditumbuk dengan lesong jangan terlalu lumat.
CARA PENYEDIAAN
- Ikan di lumur dengan sedikit garam dan kunyit. Panaskan minyak dan goreng seperti biasa. Ketepikan dan susun dalam bekas.
- Gunakan sedikit minyak baki goreng tadi untuk menumis
- Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk dan di racik hingga berbau wangi.
- Masukkan kicap, tauchu sedikit air, garam dan gula jika perlu. kacau rata hingga mendidih dan agak kering.
- Angkat dan curahkan di atas ikan yang telah disusun dalam bekas. Bolehlah dihidangkan panas-panas.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.