Resepi dari blog Mak Lang Azie…sedap smpi terbabas-babas. Klo nak tambah petai pun boleh, lagi sedap.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ikan Bilis Tumis Sambal Tempoyak
Resepi dari blog Mak Lang Azie…sedap smpi terbabas-babas. Klo nak tambah petai pun boleh, lagi sedap.
BAHAN-BAHAN
- 1 genggam ikan bilis digoreng dahulu (ikut suka, tak nak goreng pun tak per)
- *10-15 biji cili padi
- *0.5cm kunyit hidup
- Sebatang serai dititik
- Sehelai daun kunyit dihiris
- Sedikit minyak utk menumis
- Sedikit garam
- Tempoyak secukupnya (suka ati nak boh baper byk)
CARA PENYEDIAAN
- Tumbuk lumat kunyit hidup, di ikuti dgn cili padi, cili tu tak berapa lumat pun tak per
- Panaskan sedikit minyak dlm kuali, kemudian tumiskan bhn2 tumbuk, masakkan sedikit cili, org2 tua kata matikan cili.
- Kemudian masukkan tempoyak, daun kunyit hiris dan serai. Kacau. Taburkan garam, kena igt sket kwn2, kekadang ikan bilis dah masin, so agak2 ler ek.
- Selepas 3 minit, agak2 bau semua dah naik, barulah masukkan ikan bilis. Gaulkan, tutup api. Boleh ler di hidang.
- Kalo tempoyak tu agak2 tak masam, masa menumis tadi boleh ler ditambahkan asam keping, barang sekeping dua ya.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.