Resepi yang senang dan sedap..dimakan dengan nasi putih.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Bawal Sweet N Sour

Resepi yang senang dan sedap..dimakan dengan nasi putih.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan bawal-dilumur garam dan kunyit atau dilumur garam dan sedikit tepung jagung
  • 3 biji bawang merah-ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih-ditumbuk
  • 1 in halia-dihiris panjang-panjang
  • 1 biji tomato-dipotong dadu
  • 1/2 biji cili benggala-dipotong dadu
  • 1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 lobak merah-dipotong dadu
  • 1/3 timun-dipotong dadu
  • Sedikit bunga kobis
  • Sedikit nenas-dipotong dadu
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Ikan yang dilumur tadi digoreng hingga garing sedikit. Ketepikan.
  • Tumis bawang yang ditumbuk, halia dan bawang besar.
  • Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau. Masukkan tomato, cili dan sayuran lain. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
  • Biar mendidih, masukkan garam dan gula. Angkat dan tuang atas ikan yang digoreng tadi.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN