Senang dan sedap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Hati Ayam Masak Kicap

Senang dan sedap.

BAHAN-BAHAN

  • 500g hati ayam
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil cili boh
  • 1 labu bawang benggala (dipotong 4 atau 6)
  • 1 batang cili merah – dihiris serong
  • 1 batang cili hijau – dihiris serong
  • 3 biji bawang putih – dikisar
  • 1 inci halia – dikisar
  • 2 sudu kecil lada hitam – ditumbuk kasar
  • 1/2 sudu serbuk lada putih
  • 1 sudu makan tomato sos
  • 1 sudu makan kicap manis
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan hati ayam dan lumurkan dengan serbuk ketumbar, cili boh dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  • Panaskan minyak sedikit dan tumis bawang putih dan halia.
  • Masukkan hati ayam dan serbuk lada hitam dan putih.
  • Gaulkan dan tutup kuali selama 5 minit.
  • Buka kuali dan balik-balikkan hati dan tutup lagi kuali selama 5 minit.
  • Kemudian buka penutup kuali dan masukkan cili hiris, bawang, tomato sos dan kicap manis.
  • Masukkan garam sedikit. Balik-balikkan lalu matikan api sesudah hati ayam menjadi empuk.
  • Boleh tambahkan sedikit air jika terlalu kering.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN