Kek yg tlh dihias dgn gumpaste flowers

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gum Paste

Kek yg tlh dihias dgn gumpaste flowers

BAHAN-BAHAN

  • 500gm gula ising
  • 4-5 sudu makan air
  • 1 sudu makan liquid glucose
  • 1 sudu makan gam tragacanth/gumtax
CARA PENYEDIAAN
  • Ayak gula ising dan gam tragacanth sebanyak 3 kali. Masukkan ke dalam mixer.
  • Masukkan liquid glucose, tambahkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dengan speed perlahan.
  • Keluarkan dari mixer, uli dengan tangan hingga menjadi doh yang tidak melekat di jari. Jika melekit tambahkan gula icing dan jika keras tambahkan air. Simpan didalam bekas kedap udara dan biarkan semalaman sebelum digunakan.
  • Apabila hendak menggunakannya, uli lagi dengan gula ising sehingga mendapat doh yang lembut dan boleh dibentuk.
  • Untuk mewarnakannya ambil lidi dan celup dengan pewarna, calitkan di atas doh dan uli hingga warna menjadi sekata.
  • Siap digunakan untuk membuat bunga dan figurines.
  • Uli hingga lembut dan gelek doh dan terap dengan acuan bunga atau acuan biskut.
  • Boleh juga dibentuk figurines
  • Tips : Kek yg tlh di hias dgn gumpaste jgn dimasukkan ke dalam peti sejuk krn akn merosakkannya. Keluarkan dulu kek dn biar suhu bilik baru dihias dgn gumpaste flowers & figurines
  • Jika untuk kegunaan sementara Gum paste boleh di simpan di luar pada suhu bilik (bungkus dgn plastic wrap dlm bekas kedap udara) tak perlu di simpan di dalam peti sejuk. Jika melebih 1 bulan sebaiknya bungkus dgn plastik wrap/aluminium foil dan masukkan dlm bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk. Tahan selama 1 tahun. Jika di simpan di dalam peti sejuk defrost terlebih dahulu uli semula dgn sedikit gula ising/shortening/air.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN