…biasa gulai udang nenas rasanya masam dan pedas.. ini bagi yang suka gulai yang manis dan tak pedas…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai udang manis nenas madu

…biasa gulai udang nenas rasanya masam dan pedas.. ini bagi yang suka gulai yang manis dan tak pedas…

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kilo udang yang sederhana besar.(yang kecik2 xbes)
  • 8 ulas cili api.(guna lada burung-kurang pedas)
  • 500gm santan pekat segar.(biasa kat kedai rm2.50)
  • 3 atau 4 sudu kecil serbok kunyit.(jgn guna kunyit hidup-rasa dan baunya kuat)
  • 2 biji nenas madu.(yang masak ranum-lebih kecik dari nenas biasa-rm2.50sebijik)
  • Garam,serbuk perasa.
CARA PENYEDIAAN
  • Mula2 nak bagitau bahan2 dan cara disini tak sesuai untuk gulai nenas udang yang biasa yang pedas dan masam itu…nenas madu ni tekturnya lembut, nenas biasa yang orang buat gulai tu agak liat bila dimasak.
  • Potong nenas kecil2 dan masukan dalam periuk..(dilarang makan nenas tu takut tak cukup untuk digulai…beli lain jika nak makan jugak).
  • Masukan santan pekat, jangan tambah setitik air pun..air dari nenas memadai untuk gulai ini…tumbuk cili lumat2 dan masukan ..begitu juga dengan serbuk kunyit..masak dengan api sederhana..biar menggelegak agak lama..bagi ia masak dulu..udang tak perlu lama untuk dimasak so udang las…
  • Biar kuah menjadi agak2 pekat..kalau kurang pekat itu tandanya santan kurang atau nenas tu saiz besar-tambahlah santan..sekarang puan2 masukan udang yang telah dibersihkan dan kacau gaul mesra(bob) sekata..bubuh garam dan serbuk perasa jika suka.
  • Yeaa dah masak…bolihlah dihidangkan, sedap dimakan dengan telor goreng dadar yang digoreng agak garing dan masin sedikit-sebab, ..hamba suka begitu… gulai ini memang rasanya manis disebabkan nenas tadi…AMARAN …gulai ini membuatkan anda teruja untuk meratah….emmm macam hamba..
  • oppss sepekara lagi…gulai ini kuahnya kurang dan pekat sedikit…sengaja hamba buat begitu, jika tuan2 hamba suka kuah lebih guna lah double santannya tapi pasikan ia pekat sedikit…cair2 tak bes…macam makan aiskrim..cair2 bes tak? Kalau pekat lemak manis kan bes…alah syakali syakali….

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN