Resipi unggul dari Negeri Sembilan…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai Rebung & Daging Salai

Resipi unggul dari Negeri Sembilan…

BAHAN-BAHAN

  • 600 g daging batang pinang*
  • 1/2 camca teh garam*
  • 1 camca teh serbuk kunyit*(*bahan utk perap daging)
  • 500 g rebung jeruk, cuci dan toskan
  • 4 batang serai, dititik
  • 1 biji kelapa, diparut
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan sedikit gula (jika perlu)
  • 40 biji cili padi*
  • 10 g kunyit hidup*
  • 5 g halia*(*ditumbuk halus)
CARA PENYEDIAAN
  • Cuci daging batang pinang, cucuk2 dengan garfu dan lumur dengan kunyit dan garam. Perap 30 minit, kemudian bakar dalam oven pada suhu 180C selama 40 minit, 20 minit utk setiap bahagian daging. Bila daging cukup masak, angkat dan sejukkan. Hiris daging nipis2 dan ketepikan.
  • Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no.1. Tuang 800 ml air, ramas dan perah untuk santan no. 2. Ketepikan.
  • Dalam periuk, masukkan bahan2 ditumbuk halus, daging salai hiris, rebung jeruk dan serai. Tuang santan no. 2 dan didihkan. Gaul rata.
  • Masukkan asam gelugor, tuang santan no.1 dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar mendidih pada api sederhana sambil terus mengacau. Masak 2 – 3 minit lagi dan boleh matikan api..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN