Bagaimana cara nak masak Gulai Betik Muda?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai Betik Muda

Bagaimana cara nak masak Gulai Betik Muda?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 1 biji betik muda 
  • 15 ekor udang (Saiz sederhana) 
  • 3 sudu makan rempah kari ikan 
  • 3 mangkuk santan pekat (1 biji kelapa) 
  • Garam secukup rasa
  • Bahan B (Tumisan)
  • 5 biji bawang merah (Dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 sudu makan halba campur 
  • 3 tangkai daun kari 
  • 3 sudu makan minyak masak 
CARA PENYEDIAAN
    1. Buangkan kulit dan biji betik. Kemudian potong kecil. 
    2. Masukkan betik, udang, rempah kari, garam, dan santan ke dalam periuk. Masakkan sehingga betik lembut dan tutup api. 
    3. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan B sehingga wangi. 
    4. Tuangkan bahan tumisan tadi ke dalam periuk gulai. 
    5. Tutup periuk dan biarkan sebentar. 
    6. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN