Gulai Ayam Karlio

Resipi masakan untuk ayam kampung,tapi saya guna ayam biasa je…penggunaan daun kunyit memberikan aroma ala-ala rendang tapi bukan rendang…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai Ayam Karlio

Resipi masakan untuk ayam kampung,tapi saya guna ayam biasa je…penggunaan daun kunyit memberikan aroma ala-ala rendang tapi bukan rendang…

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN TUMIS (Dikisar halus)
  • 5 biji cili kering (direndam air panas sehingga lembut dan toskan)
  • 3 tangkai cili padi (boleh tambah jika mahu lebih pedas)
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sehiris halia
  • Sehiris kunyit
  • 1 batang serai
  • 1 biji buah keras
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 2 helai daun limau purut
  • ————————————————–
  • 1/4 ekor ayam kampung (dipotong sederhana besar)
  • 200~300 ml santan
  • 1/4 biji nenas (dipotong ikut suka)
  • Sehelai daun kunyit (dicarik-carikkan)
  • Sedikit daun kesum
  • 3 helai daun limau purut (dicarik-carikkan)
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan cili masak.
  • Masukkan ayam dan gaul mesra dengan rempah tumisan dan kecutkan lebih kurang 5min pada api sederhana.
  • Masukkan santan,nenas dan daun kunyit..Kacau dengan api perlahan sehingga mendidih…jgn sampai pecah minyak.Perisakan dengan garam dan gula.
  • Masak sehingga pekat..Masukkan daun kesum dan daun limau purut…Sedia dihidang…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago