Resipi sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Green Tea Torte

Resipi sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji kek span mocha bentuk segiempat (rujuk resipi kek span mocha dalam resipi Ba-Choca Cake)
  • Kek Teh Hijau:
  • 5 biji putih telur gred A
  • 130 g gula
  • Sedikit garam
  • 5 biji kuning telur gred A
  • 120 g tepung gandum
  • 40 ml susu
  • 1/12 sudu besar serbuk teh hijau
  • 80 ml minyak jagung
  • Hiasan:
  • Krim mentega kopi secukupnya (rujuk resipi De Love Story Torte)
  • Coklat urai secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • KEK GREEN TEA
  • Kek Teh Hijau: Pukul putih telur, gula dan garam hingga pekat. Masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga lembut dan kembang. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga sebati. Masukkan pula susu dan serbuk teh sambil memukul. Akhir sekali, masukkan minyak jagung dan pukul sebati.
  • Tuang ke dalam acuan kek segiempat dan bakar pada suhu 190C hingga masak.
  • Keluarkan kek teh hijau dari acuan dan sejukkan. Potong mendatar kepada 2 bahagian.
  • Letakkan 1 lapisan kek teh hijau atas meja pusing. Lapiskan dengan krim mentega kopi di atasnya dan taburkan pula coklat urai. Telangkupkan kek span mocha di atasnya. Sapukan krim mentega kopi di atas kek mocha dan taburkan coklat urai. Telangkupkan satu bahagian kek teh hijau lagi di atas kek mocha dan sapu permukaan atas kek dengan krim mentega kopi. Taburkan di atasnya dengan coklat urai.
  • Potong kek dengan menggunakan pemotong kek empat segi.
  • Siap untuk dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN