With cream cheese frosting….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

GORGEOUS RED VELVET CAKE

With cream cheese frosting….

BAHAN-BAHAN

  • 250g cake flour / superfine flour ( diayak)
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb serbuk koko
  • 113g mentega tanpa garam – suhu bilik
  • 300g gula kastor
  • 2 biji telur (grade A)
  • 1 sk vanila
  • 240ml buttermilk
  • 2 sb pewarna makanan merah (cecair)
  • 1 sk cuka
  • 1 sk baking soda
  • Cream cheese frosting:
  • 454g cream cheese
  • 1 sk vanila
  • 115g gula halus
  • 360ml krim putar
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pd suhu175C, griskan dua loyang bersaiz 9 inci, alaskan dgn kertas minyak.
  • Dalam mangkuk, ayakkan tepung, garam & koko. Ketepikan.
  • Pukul mentega hingga lembut. Masukkan gula & pukul lagi. Kemudian, masukkan telur satu persatu & pukul hingga sebati. Masukkan vanila, pukul sebati.
  • Dalam cawan penyukat, gaulkan pewarna makanan merah bersama buttermilk.
  • Dgn kelajuan sederhana, masukkan berselang-seli campuran tepung & buttermilk tadi.
  • Dlm mangkuk kecil yg lain pula, masukkan cuka & soda, biarkan berbuih & segera masukkan dlm adunan tadi. Kaup balikkan.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian dlm loyang yg di sediakan & ratakan permukaan.
  • Bakar kek selama 25-30 min atau hingga kek masak.
  • Sejukkan kek dlm loyang atas redai selama 10 min. Kemudian terbalikkan, biarkan hingga sejuk sepenuhnya.
  • Bila kek sdh sejuk, balut dgn cling & sejukkan 1 jam spya mudah menyapu inti & krim.
  • Kemudian, keluarkan kek & potong setiap lapisan kepada 1/2. Anda akan dpt 4 lapisan kek.
  • Ambil 1 lapisan & letak atas pinggan besar yg rata. Sapukkan krim atasnya. Ulang semua proses hingga lapisan yg terakhir.
  • Ambil krim & sapukkan rata pada atas & sekeliling kek. Sejukkan.
  • Cara membuat cream cheese frosting:
  • Pukul cream cheese hingga lembut. Masukkan gula & vanila, pukul lagi.
  • Masukkan sedikit demi sedikit krim putar & pukul sampai pekat. Sedia utk di gunakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN