Bagaimana cara nak masak Goreng Cili Api Telur Ikan?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Goreng Cili Api Telur Ikan
Bagaimana cara nak masak Goreng Cili Api Telur Ikan?
BAHAN-BAHAN
- 500 g telur ikan tenggiri
- 10 biji cili api
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- (Cili api, bawang merah dan bawang putih dikisar kasar)
- 3 biji cili merah (Dihiris)
- 1 labu bawang besar (Dihiris)
- 3 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
- 1 helai daun kunyit (Dikoyakkan)
- 3 sudu makan minyak masak
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Bersihkan telur ikan itu dengan berhati-hati bagi mengelakkannya pecah.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar kasar sehingga wangi.
- Masukkan telur ikan dan garam.
- Kacau rata sehingga telur ikan kelihatan masak. Tutupkan api. Masukkan cili merah dan bawang besar.
- Tuangkan perahan limau dan taburkan hirisan daun kunyit.
- Masukkan garam sekiranya perlu. Kacau rata.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.