‘Sesame tantan mee’. Versi Jepun.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Goma Tantan Men

‘Sesame tantan mee’. Versi Jepun.

BAHAN-BAHAN

  • Mi kuning – cukup untuk 4 hidangan
  • 6 cawan air
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • a) Bahan untuk pes bijan
  • – 6 sudu besar bijan putih
  • – 3 sudu besar syouyu (kicap Jepun)
  • – 2 sudu besar gula
  • – 2 sudu besar ra-yu (minyak bijan pedas)
  • – 1 sudu besar halia cincang
  • – 1 sudu besar daun bawang cincang
  • b) Bahan untuk “gu”
  • – 200gm daging cincang
  • – 100gm ayam cincang
  • – 1 sudu besar tou-ban-jyan (boleh ganti dengan pes cili)
  • – 2 sudu besar syouyu (kicap Jepun)
  • – 4 sudu besar ra-yu (minyak bijan pedas)
  • – 3 sudu besar minyak masak
  • – 2 ulas bawang putih dicincang
  • – 1 sudu besar halia cincang
  • – 3 sudu besar daun bawang cincang
  • c) Bahan untuk hiasan
  • – 3 sudu besar bijan hitam
  • – shiraga negi (bahagian putih daun bawang, cuci dan toskan)
  • – mizuna (boleh guna sawi atau bayam yang dicelur)
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk sup, didihkan air bersama kiub ayam.
  • Kisar bijan sehingga halus dengan suri-bachi (seperti dalam gambar), campur syouyu dan gula dan kisar lagi sehingga menjadi pes. Masukkan bahan lain di a) dan gaul.
  • Panaskan minyak dalam kuali, goreng daging sampai lerai/peroi. Masukkan tou-ban-jyan, syouyu dan ra-yu.
  • Masukkan bawang putih, halia, daun bawang dan goreng sampai kering air. Ketepikan.
  • Didihkan air dan celur mi beberapa minit sehingga masak.
  • Dalam mangkuk besar, letak 1/4 bahagian pes goma, larutkan dengan 1/4 bahagian sup dan masukkan mi.
  • Lapiskan bahagian atas dengan “gu” dan bahan untuk hiasan. Tabur bijan hitam yang telah dipecahkan sedikit dengan lesung batu atau “suri-bachi”.
  • Nota: Ra-yu ialah sejenis minyak bijan yang telah ditambah cili. Banyak digunakan dalam masakan Cina. Kalau tak ada ra-yu, bolehlah guna minyak bijan biasa dan tambah pes cili mengikut kepedasan yang disukai.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN