Kuih asli Kelantan
yang ni my faveret
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Gerodok Ubi Keledek
Kuih asli Kelantan
yang ni my faveret
BAHAN-BAHAN
- 500gm ubi keledek
- 5 biji telur itik
- 1 cawan gula
- 1 cawan air
- 5 kuntum bunga cengkih
- sedikit garam
- esen vanila
- sedikit air kapur
- perwarna kuning
CARA PENYEDIAAN
- Kupas ubi keledek dan potong halus berbentuk lidi dengan panjang 1 1/2 inci. Rendam selama 1/2 jam dengan 1 sudu besar air kapur. Toskan.
- Masukkan keledek kedalam mangkuk dan pecahkan telur, garam, esen vanila, perwarna kuning dan sedikit air kapur gaul sebati.
- Kemudian masukkan gula ke dalam periuk bersama 2 cawan air, biarkan mendidih. Tuangkan adunan keledek dengan telur tadi.
- Gunakan api perlahan, tutup periuk dan biar mendidih selama 20 minit
- Angkat dan sejukkan sebelum dipotong.
- Telur ayam boleh juga digunakan tapi teksturnya tak cantik dan lembik sedikit..
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.