resepi kuih sagu

Siapa suka makan kuih sagu tapi tak pandai buat sendiri? Kalau ada yang dah lama nak belajar, boleh cuba resepi kuih sagu yang dikongsikan oleh Mas Cotek di bawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah sagu, gula pasir, air, sirap ros, daun pandan, kelapa parut dan garam. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Sekaya Labu Kuih Tradisi Thai, Ini Petua Agar Permukaan Cantik & Tak Pecah

RESEPI KUIH SAGU MERAH

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara-cara penyediaannya:

1. Satukan air, gula, pandan dan sirap ros.

2. Kemudian, masak atas dapur sehingga mendidih.

3. Seterusnya, masukkan sagu dan kacau rata.

4. Apabila sagu sudah agak pekat, keluarkan daun pandan dan terus tuangkan sagu ke dalam loyang yang sudah disapu dengan sedikit minyak.

5. Kukus di dalam pengukus yang sudah didihkan selama 20 minit atau sehingga sagu bertukar jernih.

6. Apabila sagu sudah masak dan bertukar jernih, boleh angkat dan sejukkan.

resepi kuih sagu

7. Sambil tunggu sagu sejuk. Gaul kelapa parut dengan garam.

8. Bila sagu sudah sejuk, potong sagu dan gaulkan dengan kelapa parut tadi.

9. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

resepi kuih sagu

Kredit resipi dan gambar: Mas Cotek

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Kuih Seri Muka Arwah Mak, Terasa Nostalgia Orang Dulu-Dulu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN