Fruits Tart – Pastri & Kastardnye tanpa telur……sesuai utk yg kurang mengemari telur dlm masakan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Fruits Tart

Fruits Tart – Pastri & Kastardnye tanpa telur……sesuai utk yg kurang mengemari telur dlm masakan.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan-Bahan Pastri:
  • 500gm tepung gandum (diayak)
  • 250gm butter (saya guna Buttercup je)
  • 120gm gula aising
  • 2 sudu besar air
  • Secubit garam
  • Bahan-Bahan Kastard:
  • 25gm tepung gandum diayak
  • 75gm tepung kastard (saya guna tepung Bird Custard)
  • 100gm gula pasir
  • 500ml susu segar (saya guna susu segar Dutch Lady)
  • secubit garam
  • Buah-Buahan: Strawberry, Peach & Blueberry
CARA PENYEDIAAN
  • Gaulkan tepung gandum, gula aising & garam dalam mangkuk. Setelah rata campurkan adunan itu dengan butter. Gaulkan sehingga adunan membentuk ”crumbs’ kasar. Akhir sekali masukkan 2 sudu air dan gaulkan adunan sehingga rata.
  • Setelah adunan direhatkan dalam 1 jam, bentukkan doh mengikut acuan tart. Adunan ini akan menghasilkan pastri tart sebanyak 30 biji.
  • Bakar pastri tadi di dalam oven dengan kepanasan 170 darjah C selama 15-20 minit. Setelah masak keluarkan dari oven & sejukkan.
  • Masukkan bahan-bahan untuk membuat kastard didalam periuk kecil. Gaul rata & blender sedikit untuk mehancurkan semua bahan agar masak dimasakkan diatas api tidak akan bergentel-gentel. Masakkan adunan itu diatas api yang sederhana besar tidak terlalu kecil, adunan hendaklah dikacau sentiasa supaya tidak melekat di periuk dan bergentel-gentel. Hasilnye nanti adunan kastard yang halus.
  • Sejukkan adunan kastard tadi, dan setelah sejuk boleh semuanye bolehlah diletakkan adunan kastard di dalam pastri & susunkan buah-buahan ikut kesukaan masing-masing. Saya letakkan strawberry, peach & blueberry..*****SELAMAT MENCUBA*****

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN