resepi dari kawan dan filling tu dia dapat daripada kawannya di Jordan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Frozen cheese tart

resepi dari kawan dan filling tu dia dapat daripada kawannya di Jordan

BAHAN-BAHAN

  • Kulit tart:
  • 500g biskut oreo/mary
  • 250g mentega
  • Filling :
  • 240g cream cheese (bleh ganti dengan 1 kotak cheese bentuk segitiga bagi sesiapa yang berada di egypt)
  • 1 paket serbuk jeli perisa strawberi (70g)
  • 1 sudu besar gula
  • 3 sudu besar plain yogurt
  • 1 1/2 cawan air panas
CARA PENYEDIAAN
  • Kulit: Kisar biskut sampai halus
  • Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit mentega sehingga adunan menjadi doh
  • Ambil sedikit doh dan isi ke dalam acuan tart. Mampatkan doh mengikut bentuk acuan tart setebal 5mm.
  • Cucuk base dan bakar sehingga menjadi keras lebih kurang 15 minit.
  • Bila dah agak keras keluarkan dari oven dan biarkan sehingga sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan.
  • Filling: campurkan semua bahan-bahan dan kacau hingga sebati (bleh pakai mixer atau blender)
  • Isi adunan filling tadi ke dalam kulit tart yang telah dibakar. Kemudian sejukkan dalam peti ais sehingga filling menjadi beku.
  • filling boleh ditambah dengan pewarna merah supaya hasil nampak lebih cantik. Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN