Bagaimana cara nak masak Fish & Chip?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Fish & Chip

Bagaimana cara nak masak Fish & Chip?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 2 keping ikan dori 
  • 200 g jejari kentang 
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah 
  • 1 sudu teh jus lemon 
  • 100 g brokoli (Dipotong kecil) 
  • 1 cawan tepung serbaguna  berempah 
  • ½ cawan serbuk roti 
  • ½ cawan minyak masak
  • Bahan B (Sos Lemon)
  • 1 biji lemon (Diambil perahannya) 
  • 1 sudu teh tepung jagung 
  • 1 sudu makan air (Dibancuh bersama tepung jagung)
  • 1 sudu makan mentega
CARA PENYEDIAAN
    Cara Membuat Fish &Chip
    1. Goreng jejari kentang sehingga kuning keemasan. Angkat dan tuskan. 
    2. Sapukan serbuk lada sulah pada permukaan ikan. 
    3. Tuangkan jus lemon pada ikan dan ratakan pada seluruh permukaan ikan. 
    4. Gaulkan ikan dengan tepung serbaguna dan ratakan. 
    5. Sapukan ikan dengan serbuk roti. 
    6. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga kuning keemasan. Angkat dan letakkan di atas pinggan hidangan. 
    7. Kemudian rebus brokoli dan tuskan. 
    Cara Membuat Sos Lemon
    1. Panaskan mentega, kemudian masukkan jus lemon dan bancuhan tepung jagung. Kacau rata dan tutupkan api.
    2. Hidangkan brokoli dan kentang goreng di atas pinggan yang berisi ikan. 
    3. Sedia dihidangkan bersama sos lemon.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN