Jom buat bebola ikan sendiri, senang aje….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Fish Ball

Jom buat bebola ikan sendiri, senang aje….

BAHAN-BAHAN

  • 400gm isi ikan tenggiri
  • 1 sudu kecil garam (paras rata)
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu kecil tepung ubi
  • 60 ml air sejuk atau secukupnya
  • 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
  • Secubit serbuk perasa jika suka
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan dalam mesin kisar (food processor) isi ikan, lada sulah dan garam, mesin hingga lumat.
  • Masukkan tepung jagung, tepung ubi, serbuk perasa dan air sejuk kemudian mesin lagi sehingga sebati dan kenyal.
  • Bulat-bulatkan dengan menggunakan sudu kecil.
  • Jika ingin guna tangan, celupkan tangan ke dalam air terlebih dahulu. Ambil secubit pes tadi bulat-bulatkan sehingga habis.
  • Didihkan air, masukkan bebola ikan kemudian rebus sehingga ia timbul di permukaan seketika dan bolehlah diangkat.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN