Idea untuk menghabiskan saki baki buah beri biru (‘blueberry’)…jadi terhasillah “English Blueberry Poundcake”

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

English Blueberry Poundcake

Idea untuk menghabiskan saki baki buah beri biru (‘blueberry’)…jadi terhasillah “English Blueberry Poundcake”

BAHAN-BAHAN

  • 225 g mentega, pada suhu bilik
  • 1 1/2 cawan gula aising, diayak
  • 1 biji lemon, diparut kulit dan perah jusnya
  • 4 biji telur gred A, diasingkan kuning dan putih
  • 2 cawan tepung berserbuk penaik, diayak
  • 1 cawan inti ‘blueberry’
  • Badam keping – hiasan
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega, gula aising dan parutan kulit lemon hingga putih.
  • Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memutar pada kelajuan tinggi hingga kembang.
  • Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang-seli dengan inti ‘blueberry’ hingga habis. Masukkan juga jus lemon. Gaul hingga rata. Ketepikan.
  • Dalam mangkuk bersih dan kering, masukkan putih telur dan secubit garam. Pukul pada kelajuan tinggi hingga putih telur menjadi kental.
  • Dengan menggunakan spatula, kaup perlahan putih telur ke dalam adunan kek perlahan hingga rata.
  • Masukkan adunan ke dalam tin kek yang telah disapu mentega dan ditabur sedikit tepung. Tuang hanya 3/4 penuh, tabur dengan kepingan badam dan bakar pada suhu 175C, 30 – 35 minit.
  • Uji kek dengan cara mencucuk lidi di bahagian tengah kek dan jika keluarnya bersih, itu tanda kek dah ok. Keluarkan dari oven dan sejukkan 10 minit sebelum dikeluarkan kek dari tin. Selamat mencuba!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN