Resepi dari kawan di FB. kek paling senang, sedap dan moist! Mesti nak try!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

::Eggless Chocolate Cake::

Resepi dari kawan di FB. kek paling senang, sedap dan moist! Mesti nak try!!

BAHAN-BAHAN

  • loyang 9 inci
  • 2 cawan tepung gandum – diayak sekali
  • 2 sk baking powder – diayak sekali
  • 1 sk soda bikarbonat – diayak sekali
  • 1/2 cawan serbuk koko @ campuran serbuk coklat
  • 2 cawan gula
  • 2 1/2 cawan air panas
  • 1/2 sk garam
  • 160 ml minyak masak sayuran @ minyak jagung
  • 2 sk cuka
  • 2 sk esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pd suhu 160-170C.
    Sediakan loyang kek yg bersesuaian. Griskan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  • Sediakan bekas yg agak besar.
    Satukan tepung, gula, serbuk coklat, dan garam. Ratakan.
  • Kemudian masukkan air panas dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu atau spatula.
  • Tuangkan minyak masak @ minyak jagung. Kacau lagi hingga sebati. Jika adunan bergentel, tapiskan.
  • Akhir sekali, masukkan cuka dan terus kacau hingga rata.
    Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar selama 30 minit atau sehingga kek masak.
  • Suhu bergantung pd oven masing2. Tidak mengapa jika permukaan kek retak sebab memang begitulah kejadiannya.
  • Setelah kek masak, biarkan ia sejuk semalaman sebelum dipotong.
    Hiaskan dgn krim @ ganache jika suka.
  • Nota :
    Kek ini sgt moist, lembut dan lebih sedap dimakan setelah dibiarkan semalaman atau 1-2 hari.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN