Diubah suai dari resepi dalam majalah “Delicious” keluaran Jun 2005. Ringkas je resipinya =)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Egg Noodle Stir-fry

Diubah suai dari resepi dalam majalah “Delicious” keluaran Jun 2005. Ringkas je resipinya =)

BAHAN-BAHAN

  • 375 g mi telur
  • 1/4 cawan (60 ml) sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1/4 cawan (60 ml) stok ayam – boleh diganti dengan 1/2 kiub ayam yang dilarut dalam 1/4 cawan air panas
  • 2 sudu kecil gula
  • 600 g daging – dihiris
  • 4 sm halia – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • Sayur kailan (saya tiada kailan, ganti dengan lada benggala dan zucchini)
  • 1 biji cili merah – dihiris
  • 1 1/2 sudu besar wain beras Cina (resipi sebenar ada guna, tapi kita yang Islam tak payah letak)
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus mi bersama garam sehingga agak kembang (jangan kembang sangat). Tapiskan dan letak ke tepi.
  • Campurkan sos tiram, kicap pekat, stok ayam, gula dan wain (jika guna) di dalam mangkuk kecil. Gaulkan.
  • Panaskan kuali dan letakkan satu sudu besar minyak. Bila panas, masukkan hirisan daging dan goreng kacau sehingga agak masak. Kemudian, pindahkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.
  • Tambahkan sedikit lagi minyak ke dalam kuali. Tumis bawang putih, halia, cili dan sayur selama 1-2 minit.
  • Kemudian, masukkan daging dan campuran sos tadi. Masak sampai kuah menjadi sedikit pekat. Tambahkan garam secukup rasa.
  • Masukkan mi ke dalam kuali dan gaul hingga rata. Siap! =)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN