Resepi Itali yang diubahsuai guna bahan yang senang didapati di Malaysia.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Easy Pasta Bake

Resepi Itali yang diubahsuai guna bahan yang senang didapati di Malaysia.

BAHAN-BAHAN

  • 500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek sama ada penne, farfalle, shell atau macaroni)
  • 300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu)
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 labu bawang besar – dicincang halus
  • 1 tin sedang puri tomato
  • 1 tin cendawan butang – dihiris
  • 1 biji lada benggala – didadu
  • 1 kiub stok ayam atau lembu (ikut jenis daging yang digunakan)
  • 1 batang lobak merah – didadu
  • 1 batang seleri – didadu
  • 1 sudu teh herba Oregano kering (dapatkan di mana-mana pasaraya)
  • 1 helai daun Bay kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam/serai kayu segar)
  • Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Bahan sos putih:
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 2 kotak susu segar (saya guna 2 kotak kecil Susu Dutch Lady Full Cream je)
  • Secubit lada hitam dan garam
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  • Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.
  • Masukkan lobak, cendawan, lada benggala (capsicum) dan seleri. Kacau sebati.
  • Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai berkuah pula.
  • Masukkan kiub ayam/lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul), herba Oregano dan daun Bay. Biar mendidih dan naik bau.
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.
  • Buat sos putih. Masak mentega atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua mentega dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar.
  • Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.
  • Cara melapis : Dalam bekas tahan panas (saya guna Pyrex. Pakai loyang kek pun boleh, tapi kalau pakai Pyrex boleh angkat terus hidang), mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.
  • Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.
  • Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Siap untuk dimakan, yummm!!

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN