menambah rcp kek marble dgn menggunakan dulce de leche rcp yang dikongsi bersama oleh beldandy….akak sertakan juga 1 lagi cara untuk membuat dulce de leche… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Dulce De Leche Marble Cake™

menambah rcp kek marble dgn menggunakan dulce de leche rcp yang dikongsi bersama oleh beldandy….akak sertakan juga 1 lagi cara untuk membuat dulce de leche… :)

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan mentega/majerin (akak guna 1 buku mentega)
  • 1/3 cawan padat gula perang
  • 1 cawan dulce de leche
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 1/2 sk baking powder* (*ayak bersama)
  • 4 biji telur besar – dipukul ringan
  • 100 g coklat masakan – cair
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega/majerin dengan gula hingga kembang lalu masukkan esen vanilla dan terus pukul.
  • Tuang dulce de leche sambil adunan dipukul terus hingga rata.
  • Perlahankan mixer dan masukkan campuran tepung sedikit2 dan akhir sekali masukkan telur sambil dipukul lagi hingga sebati.
  • Adunan dibahagi dua dan bubuh coklat cair pd 1 bahagian adunan.
  • Marblekan adunan di dalam loyang yang digris dan dialas dasarnya.
  • Bakar pd suhu 170C selama 45 min – 1 jam atau hingga masak.
  • Cara DULCE DE LECHE yang dibakar dlm oven :-
  • Tuang susu manis ke dalam mangkuk tahan panas dan alas dengan loyang yang lebih besar.
  • Tutup mangkuk yang berisi susu dengan aluminium foil rapat2. Bakar cara water bath selama 1 1/2 – 2 jam dengan menuang air panas ke dalam loyang yang besar tadi hingga paras 1/2 mangkuk berisi susu.
  • Pastikan air panas ditambah lagi sekiranya hampir kering.
  • Kacau dulce de leche hingga rata dan sejukkan.
  • ***Cara2 mengadun kek boleh dibuat seperti kek marble biasa…pukul mentega dgn gula dulu baru masukkan telur juga esen diikuti dgn DDL dan akhir sekali masukkan tepung seterusnya dibahagi 2 untuk memarblekan adunan… :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN