Resepi donut yang tidak menggunakan marjerin. Sangat gebuusss…:) *update: Mesti cuba 1 lg resepi donut kat “donut extra gebuuss” sbb resepi tu donut dia lebih lembut dan tak keras bila sejuk walaupun biar smpai keesokan hari.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

:) Donut Gebuss

Resepi donut yang tidak menggunakan marjerin. Sangat gebuusss…:) *update: Mesti cuba 1 lg resepi donut kat “donut extra gebuuss” sbb resepi tu donut dia lebih lembut dan tak keras bila sejuk walaupun biar smpai keesokan hari.

BAHAN-BAHAN

  • 500gm tepung gandum
  • 1 1/2 biji telur
  • 5 sudu makan susu cair
  • 3 sudu makan gula
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 2 1/2 sudu makan lemak sayur
  • 2 1/2 sudu kecil yis mauripan
  • 2 1/2 sudu kecil double action baking powder
  • 1 cawan air suam (masuk sedikit-sedikit, tambah dan kurangkan ikut keadaan)
CARA PENYEDIAAN
  • Campur semua bahan kecuali air dan telur. Gaul rata sehingga kesemua bahan sebati dengan tepung.
  • Pukul telur sedikit (guna garfu je). Tuangkan dalam adunan.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit. Adunan yang terbaik adalah masih melekit2 kat tangan. Tutup adunan dengan plastik dan biarkan selama 40 minit.
  • Tumbuk2 adunan untuk keluarkan angin (ketika ini adunan dah tak melekit kat tangan dah). Bahagikan kepada 25 bahagian atau ikut suka nak besar atau kecil. Bulat2kan.
  • Tabur sedit tepung gandum pada permukaan talam. Susun adunan yang dah dibahagi tadi. jarak2 sedikit. Tutup dengan plastik dan biarkan sehingga naik 2 kali ganda. (lebih kurang 1 jam ikut suhu kt tempat masing2 ye)
  • Apabila adunan dah naik. Panaskan minyak yang banyak. Buat lubang ditengah-tengah adunan sebelum di angkat dan digoreng (kena ade skill nih)Minyak mestilah sederhana kepanasannya. Donut akan bewarna cerah tetapi masak didalamnya.
  • Tabur donut dengan gula pasir yang dimesin halus. (Tak perlu halus sangat ya..) Selamat mencuba..daa

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN