Senang je :)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Delish Egg Tarts
Senang je :)
BAHAN-BAHAN
- *250g tepung
- *70g icing sugar
- *150g butter
- 1/2 telur yg dah d’pukul
- –
- 4 sudu besar (80g) gula
- 1 cawan (240ml) air
- 2 1/2 telur
- 60ml evaporated milk
CARA PENYEDIAAN
- Potong butter empat segi selepas sahaja keluar dari peti sejuk.
- Uli semua bahan * kecuali telur sehingga menjadi ketul2. Akhir sekali baru masukkan telur. Uli sehingga menjadi doh.
Simpan dlm peti sejuk 30minit. - Utk filling, didihkan gula dan air selama 5-6 minit pada api sederhana panas. Dah didih baru kacau. Tutup api dan biarkan sejuk.
- Sementara tu, keluarkan doh dari peti sejuk dan masukkan doh ke dlm bekas tart.
- Panaskan oven 200’C selama 10 minit.
Bakar doh tu 6-10minit. Jgn masak sangat. - Apabila air gula dah betul2 sejuk, masukkan telur dan susu ke dlm air gula. Kacau dan tapis.
- Masukkan filling ke dalam crust yg dah bakar sikit tadi. Bakar lagi selama 20-50 minit pada suhu yg sama.
- Biarkan sejuk dan keluarkan dari bekas tart.
- –
- Sekiranya tiada icing sugar,
blend 1 cawan (280ml) gula dan 1 sudu besar tepung jagung. Sukat ikut resepi utk buat egg tart.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.