Khas untuk isteri kesayangan. Gabungan kek keju dan 2 jenis kek span. Ciptaan sendiri. Minta maaflah sebab caranya rumit sikit. Tapi cukup puas hati untuk dihidangkan semasa hari-hari istimewa.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

De Love Story Torte

Khas untuk isteri kesayangan. Gabungan kek keju dan 2 jenis kek span. Ciptaan sendiri. Minta maaflah sebab caranya rumit sikit. Tapi cukup puas hati untuk dihidangkan semasa hari-hari istimewa.

BAHAN-BAHAN

  • Kek Span Vanila:
  • 250 g tepung kek span vanila
  • 4 biji telur gred A
  • 50 ml air
  • 80 gram mentega (dicairkan)
  • Kek Span Kopi:
  • 250 g tepung kek span kopi
  • 4 biji telur gred A
  • 50 ml air
  • 80 g mentega (dicairkan)
  • Kek Keju:
  • 150 ml susu UHT (A)
  • 20 g gula (A)
  • 3 biji kuning telur gred A (A)
  • 20 g tepung jagung (A)
  • 250 g krim keju (B)
  • 1 biji lemon (diparut kulit luarnya sahaja) (C)
  • 130 ml krim putar (C)
  • 2 sudu besar tepung gandum (D)
  • 60 g kismis kuning (D)
  • 3 biji putih telur gred A (E)
  • 60 g gula (E)
  • 1 sudu besar jus lemon (E)
  • Krim Mentega Kopi:
  • 400 g mentega
  • 100 g lemak sayuran
  • 180 g gula aising
  • 2 sudu besar emulco kopi
  • Glis Coklat:
  • 250 g coklat masakan (dadu kecil)
  • 300 g krim putar
  • 30 g mentega
  • 1 sudu besar madu
  • Hiasan:
  • 8 biji aiskrim Wall’s Mini Poppers
  • 4 batang biskut gulung ‘love letter’ perisa coklat (patahkan 2 setiap satunya dan dicelupkan ke dalam glis coklat)
  • Coklat putih yang telah dicairkan (‘double boiler’)
  • Sedikit coklat urai
CARA PENYEDIAAN
  • Cara-cara membuat kek span vanila dan kopi:
  • Masukkan tepung dan telur ke dalam mesin pengadun dan pukul hingga pekat. Tambahkan air dan pukul lagi hingga gebu dan lembut. Masukkan mentega dan gaul hingga sebati. Tuangkan dalam acuan bulat dan bakar pada suhu 180C selama 30 minit.
  • Cara-cara membuat kek keju:
  • Panaskan hingga mendidih susu (A) dan gula (A). Masukkan kesemua bahan (A) dan kacau atas api perlahan hingga sebati dan pekat. Ketepikan. Biarkan sejuk.
  • Pukul krim keju hingga lembut dan licin. Masukkan (A) dan adun sebati. Masukkan (C) dan adun lagi. Masukkan (D) dan pukul hingga sekata.
  • Pukul putih telur (E) hingga berbuih. Masukkan gula dan jus lemon. Pukul hingga pekat dan tambah adunan keju. Pukul lagi.
  • Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak di bawah dan tepinya.Letakkan kek span vanila di dasar dulang dan tuangkan adunan kek keju di atasnya. Bakar pada suhu 150C selama 2 jam atau hingga masak keseluruhannya. Keluarkan kek dengan segera dari dulang pembakar bila telah masak.
  • Cara-cara membuat krim mentega kopi:
  • Putar mentega dan lemak sayuran hingga licin. Tambah emulco kopi dan gula aising. Pukul hingga kembang dan gebu.
  • Cara-cara membuat glis coklat:
  • Masak krim putar dan madu hingga mendidih. Masukkan coklat. Kacau hingga cair dan masukkan mentega. Kacau sebati.
  • Cara-cara menyediakan dan menghias:
  • Letakkan kek span kopi di atas meja pusing. Sapukan bahagian atas kek span kopi dengan krim mentega kopi. Kemudian letakkan pula kek keju di atasnya. Dengan menggunakan pemotong kek untuk acuan bulat 9 inci tekapkan sedikit di atas kek keju cukup sebagai penanda sempadan. Letakkan aiskrim di setiap segitiga yang terbentuk. Curahkan pula glis coklat ke atas kek tadi dan goncangkan agar glis rata di atas kek. Cucuk di belakang aiskrim dengan biskut gulung.
  • Sapukan di sekeliling kek dengan krim mentega kopi dan taburkan coklat urai di sekelilingnya. Kemudian dengan menggunakan pemotong kek potonglah kek ini menjadi 8 bahagian. Buatlah belang-belang pada atas aiskrim dan biskut gulung dengan coklat putih. Siap untuk dihidangkan kepada yang tersayang.
  • Seeloknya simpan kek ini dalam peti sejuk.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN