Biskut kelapa yang lemak,garing di luar lembut di dalam dengan bahan2 dan cara2 penyediaan yang mudah… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Danish Coconut Cookies™

Biskut kelapa yang lemak,garing di luar lembut di dalam dengan bahan2 dan cara2 penyediaan yang mudah… :)

BAHAN-BAHAN

  • 150 g mentega – lembut (2/3 cwn)
  • 150 g tepung gandum – ayak (1 1/4 cwn)
  • 50 g tepung jagung – ayak (1/2 cwn)
  • 50 g gula castor (1/4 cwn) – (boleh guna gula icing diayak)
  • 50 g kelapa parut kering (1/2 cwn)
  • 1 sk esen vanilla
  • Topping :-
  • putih telur
  • secukup kelapa parut kering,bijan dan gula castor
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan kesemua bahan2 kecuali bahan topping dan uli hingga sebati.Simpan doh di dalam petiais selama 1 jam (tak lakukan kaedah ini pon tak apa)
  • Bulat-bulatkan doh (akak guna sukatan sudu metrik-1/2 sb) dan susun atas dulang pembakar.Tekan dengan garfu,sapu putih telur dan taburkan dengan kelapa parut kering,bijan dan juga gula castor.
  • Bakar pd suhu 150C selama 20 min atau hingga kekuningan mengikut kepanasan oven masing2.
  • Segera alihkan biskut ke atas redai kek untuk disejukkan.Simpan biskut dalam bekas kedap udara.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN