Resipi asal kat majalah Rasa guna beef, saja Ai tukar guna daging Rusa….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Rusa Hitam Manis Berlada

Resipi asal kat majalah Rasa guna beef, saja Ai tukar guna daging Rusa….

BAHAN-BAHAN

  • 300 gm daging (potong nipis)
  • 1 biji bawang besar (potong bulat)
  • 2 biji cili hijau (belah 2)
  • 125 ml kicap manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 125 ml minyak masak
  • Garam & gula secukupnya
  • @@ BAHAN-BAHAN KISAR/BLEND @@
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering (Direndam air panas sehingga lembut)
  • 2 cm halia
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan daging menggunakan tepung gandum, bersihkan dan toskan airnya.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga berbau harum.
  • Kemudian masukkan daging dan kacau sehingga daging mesra ngan rempah tumisan.
  • Masukkan kicap dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  • Masukkan air secukupnya sekadar untuk mengempukkan daging dan renihkan dengan api yang kecil sehingga daging lembut dan biarkan sehingga kuah sedikit pekat.Sedia dihidang

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN