Banyak stok budu..cuba tambah dalam masakan…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging masak pedas + budu cap ketereh

Banyak stok budu..cuba tambah dalam masakan…

BAHAN-BAHAN

  • 200gm daging (potong kecil)
  • 2 sudu cili kisar
  • 3 biji bawang merah(kisar bersama cili)
  • 1 biji bawang putih (kisar bersama cili)
  • Sedikit air asam jawa
  • 3 sudu besar budu
  • sehiris lengkuas
  • Halia(sebesar ibu jari diketuk)
  • 1 batang serai (mayang halus 1/2, ketuk 1/2)
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 10biji lada hitam (ditumbuk-jika suka)
  • Minyak
  • 1 Bawang besar dan cili merah 1/2 batang
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak. Goreng bahan kisar sampai cili masak.
  • Masukkan 2 cawan air, air asam jawa, lada hitam, halia, lengkuas, serai dan daging. Tutup periuk dan biarkan daging empuk dengan api yang paling kecil.
  • Bila daging dah empuk, masukkan budu, kicap dan kuatkan api. Perasakan kuah dengan garam dan serbuk perasa jika suka. Apabila kuah hampir kering masukkan bawang besar yang dipotong bulat.. Hias dengan cili merah
  • *petua dari mak: Kalo nak masak daging biar suhu air dlm keadaan sederhana (api paling kecil) supaya daging tak terkejut dan tak liat. Memang menjadi ikut petua nih…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN