Selera yang memikat + sangat mudah disediakan. Resepi dari ibu..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

^ Daging Masak Kicap Lada Hitam

Selera yang memikat + sangat mudah disediakan. Resepi dari ibu..

BAHAN-BAHAN

  • ??200g Daging batang pinang / yang sesuai dipotong nipis diperap dengan 2 sb kicap pekat + 1sb sos tiram + 1 sk serbuk lada hitam sekurang-kurangya 2 jam (atau semalaman untuk lebih sedap)
  • ??2 inci kulit kayu manis
  • ??2 kuntum bunga lawang
  • ??2 ulas bawang putih diketuk
  • ??1 inci halia diketuk
  • ??1/2 bawang besar dihiris bulat-bulat
  • ??1-2 biji ubi kentang yang dipotong bulat dan digoreng hampir garing
  • ??1 sb sos tiram
  • ??1 sb sos tomato
  • ??1 sb sos cili
  • ??1/2-1 sb serbuk lada hitam
  • ??kicap masin dan kicap manis secukupnya
  • ??sedikit minyak untuk menumis
  • ??air secukupnya / jika perlu
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis + bunga lawang sehingga wangi.
  • Masukkan bawang putih + halia dan tumis hingga terbit bau. Masukkan pula bawang besar dan tumis sehingga bawang besar layu.
  • Masukkan hirisan daging yang telah diperap kedalam kuali dan gaul sehingga daging separuh masak.
  • Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, kicap manis dan kicap masin. Gaul sebati dan tambah air jika perlu. (tak perlu letak garam/gula hanya guna kicap manis & masin untuk sebatikan rasa)
  • Masukkan kentang yang telah digoreng dan biarkan kuah sedikit pekat dan daging empuk dalam 10-15 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN