Pernah lihat kakak ipar masak, lepas tu trial & error… Selamat Mencuba! :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Masak Hitam Simple

Pernah lihat kakak ipar masak, lepas tu trial & error… Selamat Mencuba! :)

BAHAN-BAHAN

  • Daging batang pinang
  • 1 biji bawang besar-dihiris nipis (Saya guna bawang Holand yang berwarna kuning tu)
  • 3 sudu bawang putih & bawang merah yang dikisar*
  • 2 batang serai (Dikisar)*
  • 2 inici halia (Dikisar)*
  • 1 batang kulit kayu manis, 1 biji bunga lawang, 2 kuntum bunga cengkih & 2 biji buah pelaga
  • 2 sudu cili kering yang dikisar*
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar*
  • 2 sudu kecil jintan manis ( Digoreng tanpa minyak kemudian dikisar)*
  • Kicap secukupnya ( Saya guna kicap kipas udang)
  • Minyak secukupnya
  • Garam & gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus daging dengan kicap sehingga empuk & lembut… Air rebusan jangan dibuang.
  • Tumis semua bahan-bahan yang bertanda *.
  • Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pala.
  • Kemudian masukkan bawang yang dihiris, selepas itu masukkan air rebusan tadi, tambah kicap mengikut selera…
  • Akhir sekali, masukkan daging masak sehingga kering, letak garam & gula secukupnya… Siap untuk dihidangkan.
  • Mudah & senangkan :) Selamat mencuba!

    Visit me: http://my-mindofmine.blogspot.com/

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN