Simple, dan cepat masak. Sesuai untuk orang-orang muda dan sesiapa sahaja.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Daging Black Pepper Sedap
Simple, dan cepat masak. Sesuai untuk orang-orang muda dan sesiapa sahaja.
BAHAN-BAHAN
- ? Daging 500gm (dihiris nipis)
- ? Sebiji kentang (dihiris nipis jugak, tapi jgn la nipis sgt)
- ? Mix vege atau broccoli (sayur nak tambah seri)
- ? Bawang (dihiris tak lah nipis sgt, tebal sikit dari daging)
- ? Minyak masak (wajib ada)
- ? Serbuk Black Pepper dari Maggi
- ? Kicap manis cap kipas udang (cap tamin pun ok je)
CARA PENYEDIAAN
- Mula-mula, panaskan minyak (3 sudu besar), kemudian, goreng daging dan kentang dengan api yang besar dalam 3-4 minit. Lepas tu, masukkan bawang.
- Then, masukkan kicap sikit.
- Tuang serbuk black pepper tu dlm bekas, dan kacau dalam air panas, supaya dia tak berketul nanti bila tuang dalam periuk.
- Tuang air black pepper yang dibancuh tadi ke dalam periuk. Kacau kacau kacau beberapa minit. Masukkan mix vege / brocolli ikut masing-masing2.
- Test rasa dulu, bila dah okay, bolehlah tutup api. Kalau ada rasa kurang pekat ke, masak lama sikit. Kalau pekat sangat pulak, tambah lah air sikit. Adjust pandai2.
- Okay. Dah siap dah! Selamat makan! ^_^
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.