Bagaimana cara nak masak Daging Beriani?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Beriani

Bagaimana cara nak masak Daging Beriani?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 1 kg daging (Dipotong kecil) 
  • 5 sudu makan rempah beriani                      
  • ½ kg tomato (Dicencang kasar) 
  • 3 biji kentang (Dipotong kecil) 
  • 1 cawan yogurt 
  • 3 biji cili merah (Dibelah dua)
  • 3 biji cili hijau (Dibelah dua)
  • 2 labu bawang besar (Dibelah 4) 
  • 1 pokok daun ketumbar (Dipotong kasar) 
  • Garam secukup rasa
  • Bahan B (Tumisan)
  • 6 biji bawang merah (Dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 inci halia (Dihiris)            
  • 1 inci kulit kayu manis 
  • 5 kuntum bunga cengkih 
  • 2 kuntum bunga lawang 
  • 2 biji buah pelaga 
  • 2 tangkai daun kari 
  • 2 sudu makan minyak masak
CARA PENYEDIAAN
    1. Gaulkan daging dengan rempah beriani dan perapkan beberapa jam. 
    2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan B sehingga wangi. 
    3. Masukkan daging yang sudah diperap dengan rempah beriani. Kacau rata sehingga pecah minyak. 
    4. Masukkan tomato dan kentang. Masak sehingga daging lembut. 
    5. Masukkan yogurt. Masakkan lagi sehingga pekat dan pecah minyak. 
    6. Masukkan cili merah, cili hijau, bawang besar, daun ketumbar dan garam. 
    7. Apabila sudah layu, boleh tutup api dan hidangkan bersama nasi beriani ataupun roti.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN