Lagi variasi apam… Diolah dari resepi izatti. Jangan marah ye…!
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Cute Marble Blossom
Lagi variasi apam… Diolah dari resepi izatti. Jangan marah ye…!
BAHAN-BAHAN
- 1 ½ cawan gula halus
- 2 ½ cawan tepung gandum
- 3 biji telur Gred A â asingkan putih dan kuning telur
- 1 camt baking powder
- 1 camt esen vanilla
- 1 camb ovalette
- 1 camt pandan emulco (**)
- ½ cawan santan pekat (**)
- ¾ cawan susu segar (**)
- Sedikit pewarna hijau (**)
- Sedikit pewarna merah
- Papercup kecil-kecil (200 keping)
- Acuan lompang secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Satukan bahan-bahan bertanda (**) – pandan emulco, pewarna hijau, santan pekat dan susu segar. Ketepikan.
- Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi.
- Masukkan gula halus dan esen vanilla. Pukul hingga gula hancur dan keputihan.
- Masukkan pula ovalette dan baking powder. Pukul hingga adunan putih dan gebu.
- Masukkan tepung berselang-seli dengan campuran santan dan susu segar. Kacau hingga adunan sebati.
- Panaskan kukusan. Balut penutup kukus dengan kain supaya air kukusan tidak jatuh ke atas kuih. Susun acuan lompang di dalam dulang dan masukkan papercup. Ketepikan.
- Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam piping bag ataupun ke dalam plastic yang digunting sedikit bucunya.
- Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau supaya jadi macam marble. Jangan kacau lama-lama, takut warna asal hijau akan bertukar merah sepenuhnya.
- Picitkan ke dalam acuan papercup tadi dan kukus dengan api besar selama lebih kurang 5 â 8 minit. Siap!!!
- Nota : pastikan api besar semasa mengukus kerana kalau api kecil, kuih ni tak merekah. Saya dah terkena satu kukusan (25 biji).
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.