Bagaimana cara nak masak Cupcake Oren?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Cupcake Oren
Bagaimana cara nak masak Cupcake Oren?
BAHAN-BAHAN
- 150 g mentega
- 120 g gula kastor
- 3 biji telur
- 1 sudu makan pes oren
- 160 g tepung gandum (diayak)
- 1 sudu teh baking powder
- 2 sudu makan jus oren Sunquick
- Acuan kertas secukupnya
- 250 g mentega
- 300 g gula aising
- 1 sudu makan jus lemon
Bahan A
Bahan B (Krim Aising)
CARA PENYEDIAAN
- Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang.
- Masukkan telur satu per satu dan pes oren.
- Masukkan tepung gandum dan baking powder sedikit demi sedikit berselang-seli dengan jus oren Sunquick.
- Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pamkan ke dalam acuan kertas yang sudah diletakkan di dalam loyang anggaran 3/4 penuh.
- Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api bawah sahaja selama 25-30 minit ataupun sehingga kelihatan masak.
- Hiaskan dengan krim aising yang disukai.
- Pukul semua bahan B sehingga ringan dan gebu.
- Masukkan krim ke dalam piping bag. Pamkan ke atas kek mengikut kreativiti.
Cara Membuat
Cara Membuat (Krim Aising)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.